FIQH: Sudahkah Benar Rukun dan Syarat Sah Mandi Wajib Anda...?
![]() |
air mutlak untuk mandi wajib |
BeritaSMK - Mandi
wajib merupakan
perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak
boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk Jongkok saja. Sebaliknya,
dilakukan dengan kedua posisi tersebut
untuk meratakan siraman air keseluruh tubuh.
“Akibatnya,
mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandiwajib yaitu meratakan air
keseluruh anggota bada.. Apabila mandi
wajib tidak sah maka ibadah yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak
melakukan mandi wajib dengan benar. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi
junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.
Setiap
orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak
mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua :
Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga :
Meratakan air keseluruh anggota badan / tubuh.
Niat mandi
wajib: “Sengaja aku mandi untuk mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sengaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia
hendaklah disertakan ketika air sampai ke keseluruh bahagian anggota badan.
Bagi wanita
yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sengaja aku mandi untuk mengangkat hadas haid kerana
Allah Taala.” Dan bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajibnya
ialah: “Sengaja aku mandi untuk mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Menurut
Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak
dengan mandi wajib. Artinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Jika
rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke
dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang
hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi bila,
bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku,
jika di dalam kuku ada kotoran yg dapat menghalang air ke badan khususnya di
bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam
kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Mandi
wajib boleh dilakukan dimana saja dengan menggunakan air mutlak seperti air
telaga, air sumur, sungai laut dan hujan.
Rasulullah
S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia
itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.” [Hadith Riwayat
Muslim].
Comments
Post a Comment